Pendekatan dakwah pada hari ini perlu seiring dengan zaman agar ringkas, padat, berfakta dan interaktif, kata Datuk Idris Ahmad.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, ini kerana adakalanya pendekatan lima tahun lepas sudah tidak relevan dengan konteks dakwah hari ini.