ABU DHABI – Dua maut dan 120 lagi cedera dalam insiden letupan tong gas di sebuah restoran di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Polis Abu Dhabi berkata, dua orang terkorban dan 50 orang mengalami kecederaan sederhana manakala 64 lagi cedera ringan dan merektelah dibawa ke hospital, lapor The Nation.

Katanya menerusi akaun twitter, dalam insiden tersebut kedai-kedai dan enam bangunan musnah.

Penduduk berhampiran mendengar bunyi letupan dan tingkap bergegar kira-kira jam 1 tengahari waktu tempatan dan kepulan asap naik ke udara.

Polis berkata, empat buah bangunan kediaman dikosongkan dan sesetengah pemilik melaporkan kerosakan di hadapan kediaman mereka.

“Laporan awal menunjukkan terdapat kecederaan disebabkan letupan dan beberapa kedai turut terkesan

“Bangunan itu di mana letupan berlaku telah dikosongkan dan pakar telah ke lokasi untuk menilai keadaan.

“Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan tempat tinggal sementara sehinga bangunan-bangunan ini didapati selamat untuk didiami,” kata polis Abu Dhabi menerusi akaun Twitter. – Agensi