Wan Zalizan (berdiri) meraikan tetamu yang hadir di majlis Rumah Terbuka Datasonic di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kira-kira 2,000 hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datasonic, kelmarin.

Selain pihak pengurusan tertinggi Datasonic Group, majlis turut diserikan dengan kehadiran pelbagai tetamu tanpa mengira agama, usia serta kaum.

Antara yang hadir ialah tetamu dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Menurut Pengarah Urusan Datasonic Group, Wan Zalizan Wan Jusoh, sambutan Aidilfitri kali ini paling meriah dalam tempoh tiga tahun khususnya selepas negara dalam pandemik Covid-19.

“Saya anggap majlis rumah terbuka ini sebagai salah satu detik penting yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia raikan.

“Ini termasuk detik kebersamaan serta kesyukuran kerana kita telah berjaya keluar dari era pandemik dan memasuki ke endemik.

“Inilah istimewanya Hari Raya Aidilfitri dan ini juga adalah rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui media. – MalaysiaGazette