Keadaan banjir di hadapan Komtar JBCC turut dinaiki air ekoran hujan lebat di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Ekoran hujan lebat sejak tengahari tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan di bandar raya ini telah dinaiki air.

Berdasarkan beberapa perkongsian video orang ramai, antara kawasan yang dilimpahi air berlaku di hadapan jalan utama pusat beli belah Komtar JBCC dan jalan utama dari pusat bandar di Jalan Tebrau menuju ke Kota Tinggi.

Bahagian tempat meletak kenderaan di Komtar JBBC juga dinaiki air melebihi oaras buku lali.Keadaan banjir kilat di hadapan Komtar JBCC turut mengakibatkan tempat letak kenderaan di bahagian bawah dinaiki air melebihi paras buku lali.

Sementara itu, keadaan banjir di Jalan TebrauĀ  mengakibatkan kesesakan teruk dari kedua-dua arah.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai banjir yang berlaku di negeri itu. – MalaysiaGazette