Orang ramai menyaksikan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik oleh Pyongyang pada 5 Januari 2022. foto Reuters

SEOUL – Korea Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke perairan timurnya, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS).

JCS mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang pada kira-kira 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi waktu tempatan, yang menandakan pelancaran projektil ke-17 oleh DPRK tahun ini.

JCS berkata, Korea Selatan mengekalkan kesediaan penuh dengan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat sambil memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.

Menurut agensi berita Yonhap, Komando Indo-Pasifik AS berkata, pihaknya menyedari pelbagai pelancaran peluru berpandu balistik dari Korea Utara dan ia sedang menilai dan berunding rapat dengan sekutu dan rakan kongsinya.

Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) berhubung pelancaran peluru berpandu balistik DPRK, kata pejabat presiden.

Pelancaran ujian peluru berpandu itu dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengakhiri lawatan ke Korea Selatan dan Jepun. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast