KUALA LUMPUR – West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB) memaklumkan lencongan sementara Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula dari KM22.7 sehingga KM24.1 bagi kedua-dua arah akan dilaksanakan mulai hari ini hingga 15 November 2022.

Lencongan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Jambatan S3-8 dan Jambatan S3-10 merentasi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bagi projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping – Banting) dijalankan.

Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda dan juga petugas trafik
sepanjang tempoh perlaksanaan ini.

Pihak WCESB memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast