Mayat mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang ditemui hari ini.

GEORGE TOWN – Operasi pencarian mangsa terjun Jambatan Pulau Pinang berakhir tengah hari tadi selepas mayat wanita tersebut ditemui berhampiran Resort Pantai Jerejak.

Mangsa, Neoh Hui Wen, 22, ditemui pukul 12.39 tengah hari dalam keadaan terapung ketika pasukan penyelamat melakukan operasi pencarian.

Usaha pencarian mangsa dilakukan dari kawasan mangsa dilaporkan terjun hingga empat kilometer radius.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kawasan pencarian dibahagi kepada beberapa sektor bermula dari kawasan mangsa dipercayai telah terjun sehingga radius empat kilometer.

“Operasi pencarian dilakukan dengan kaedah surface searching dan pada tengah hari tadi kita temui mayat mangsa kawasan perairan berhampiran Resort Pulau Jerejak.

“Mayat mangsa dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, operasi yang dilakukan dengan kerjasama Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin tamat sepenuhnya pada pukul 1.33 tengah hari.

MalaysiaGazette semalam melaporkan seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun di Kilometer 8.0 Jambatan Pulau Pinang dari arah Pulau menghala Perai.

Jurucakap Jabatan Penyelamat Bomba Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.39 pagi.

“Identiti mangsa berusia 22 tahun itu dikenal pasti susulan dia meninggalkan kereta jenis Perodua Axia bersama barang peribadi miliknya di atas jambatan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast