Tiga menunggang motosikal terbunuh selepas letupan di Mazar-i-Sharif . Foto Media Sosial

KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 32 lagi cedera dalam empat letupan yang menggegarkan ibu kota Afghanistan, Kabul dan bandar utara Mazar-i-Sharif, kata pihak berkuasa.

Letupan di Kabul mengorbankan sekurang-kurangnya lima jemaah dan 17 lagi cedera selepas letupan melanda sebuah masjid ketika solat magrib di kawasan Kolola Pushta.

Letupan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunaikan solat di Masjid Hazrat-e-Zekria, kata jurucakap polis Khalid Zadran dalam ciapannya.

Letupan berlaku kira-kira sejam selepas tiga letupan berturut-turut melanda tiga bas van membunuh sembilan orang dan mencederakan 15 yang lain, menurut jurucakap jabatan polis wilayah.

Bas yang disasarkan membawa penumpang di sepanjang jalan yang sibuk pada waktu puncak di bandar utara, ibu kota wilayah Balkh.

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, negara Asia yang dilanda perang itu menyaksikan beberapa siri serangan bom yang dilancarkan oleh militan kumpulan yang menentang kerajaan sementara pimpinan Taliban. – Xinhua