Jurulatih wushu, Gjeblehim Bong Teck Fuu dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas atlet bawah umur di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MEI 2022.

PUTRAJAYA – Seorang jurulatih wushu yang ditahan kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, Gjeblehim Bong Teck Fuu yang berusia 31 tahun, dituduh di bawah Seksyen 14(A) Akta Kanak-kanak 2017.

Kesemua 10 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Wan Aima Naziha Wan Sulaiman.

Tertuduh juga bekas atlet negara diwakili dua peguam diarahkan membayar RM15,000 sebagai wang jaminan.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa berusia 13 tahun itu disebuah rumah di Taman Kajang Mewah antara 11 hingga 19 Februari lalu.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabut kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.

Selain 10 pertuduhan ini, satu lagi pertuduhan adalah di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast