The Fire and Rescue Team saving a man who is trying to attempt suicide by jumping off the Penang Bridge into the sea. suicide Penang Bridge
The Fire and Rescue Team saving a man who is trying to attempt suicide by jumping off the Penang Bridge into the sea. Pihak bomba menyelamatkan seorang lelaki bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam laut di Pulau Pinang. - Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Sebanyak 46 kes terjun dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang sejak tahun 2019 hingga 24 Mei lalu.

Secara purata sejak 2019 hingga tahun lalu sebanyak 11 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di jambatan terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata,  daripada jumlah itu sebanyak 27 kes membabitkan kematian manakala lain-lain berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, jelas beliau, berdasarkan statistik, tahun 2022 merekodkan kes tertinggi iaitu 15 insiden dalam tempoh Januari hingga 24 Mei lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan mendadak berbanding tiga tahun kebelakangan ini.

Saadon.

“Berdasarkan rekod, Mei tahun ini mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak lapan kes dan empat daripada dilaporkan maut.

“Sepanjang tahun 2019 hanya 13 kes direkodkan berlaku di jambatan tersebut dan diikuti masing-masing sembilan kes pada 2020 serta 2021.

“Daripada status mangsa pula, 33 daripada mangsa merupakan lelaki manakala 13 lagi wanita,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di Batu Kawan di sini, semalam.

Ketika diminta mengulas kekangan yang dihadapi pihak bomba dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa terjun di Jambatan Pulau Pinang, Saadon berkata, pihaknya berdepan pelbagai kekangan terutamanya membabitkan logistik serta cuaca.

“Pihak bomba hanya menggunakan bot aluminium ketika melakukan operasi pencarian dan pencarian kita terhad susulan keupayaan logistik kita.

“Bagaimanapun, kita berkolaborasi dengan agensi lain seperti Maritim Malaysia (APMM) serta Pasukan Polis Marin untuk melakukan operasi pencarian mangsa.

“Kita akan buat pembahagian sektor pencarian mengikut kemampuan dan keupayaan logistik agensi masing-masing,” kata beliau. –

Dalam perkembangan sama, Saadon menasihatkan mereka yang mempunyai masalah tekanan emosi atau kemurungan berhubung dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan solusi daripada memilih untuk menamatkan riwayat.

Bomba Pulau Pinang menjalin kerjasama dengan CCPSS bagi membantu mangsa yang kemurungan dalam menangani kes bunuh diri.

Kata beliau, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang yang dipengerusikan, Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah bagi menangani isu bunuh diri.

“Peningkatan kes itu mendorong pihak kami menjalin kerjasama dengan CCPSS bagi membantu mangsa yang kemurungan dalam menangani kes berkenaan.

“Kaedah yang kita akan laksanakan adalah dengan memberi khidmat nasihat dan mendengar masalah kerana mereka memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.

“Kita mewujudkan unit kaunseling bersama CCPSS yang disertai pakar-pakar (kaunselor) untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah dihadapi mangsa,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan