MGNews: Jurulatih Wushu Cabul Kanak-kanak Dihadapkan Ke Mahkamah

Jurulatih wushu yang ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan gangguan seksual (cabul) terhadap pelajarnya berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dalam dua kejadian berasingan awal April lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak melibatkan 10 pertuduhan.

Suspek juga dituduh di bawah Seksyen 16(1) akta sama kerana orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa.

Polis menerima aduan bapa mangsa yang berusia 46 tahun mendakwa anak perempuannya mengalami gangguan seksual dan kejadian itu dipercayai dilakukan di kediaman suspek pada 11 sehingga 19 Februari lalu.