Larry Sng Wei Shien

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan membuat pengumuman keputusan permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu selepas presidennya, Larry Sng kembali dari luar negara.

Larry berkata, pimpinan pusat parti itu akan membincangkan permohonan Zuraida kerana ia sebahagian daripada proses yang wajar.

”Saya akan bertolak ke luar negara hari ini (27 Mei) dan kembali ke Malaysia pada 7 Jun. Kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kemasukannya bila saya balik dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut mengulangi PBM mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat berkongsi perjuangan parti itu. – MalaysiaGazette