Polis mengawal ketat kawasan insiden seorang lelaki bersenjata ditembak mati di Toronto. Foto Toronto News

TORONTO – Polis Toronto menembak mati seorang lelaki yang berjalan sambil membawa pistol di kawasan kejiranan bandar Port Union di Scarborough., menyebabkan lima sekolah berdekatan diletakkan di bawah sekatan berjaga-jaga.

”Polis melepaskan tembakan selepas individu bersenjata itu berhadapan dengan mereka, kata Ketua Polis Toronto, James Ramer pada taklimat media.

Ramer enggan memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan oleh unit siasatan khas (SIU).

Laporan media memetik sumber SIU mendakwa, lelaki dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an itu mati di tempat kejadian.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu memegang senjata ketika dia tembak.

Beberapa penduduk yang menelefon pusat panggilan kecemasan memberitahu, mereka nampak lelaki itu berada di kawasan itu sambil memegang senapang.

Penduduk mendakwa, selepas kira-kira lima minit nampak kehadiran polis di situ, mereka mendengar bunyi tembakan.

Insiden tembakan itu berada pada kedudukan kira-kira 130 meter dari Sekolah Awam William G Davis, yang merupakan sekolah terakhir daripada lima sekolah yang dikawal ketat.

Semua penutupan sekolah telah ditarik balik selepas beberapa jam insiden berkenaan, menurut Lembaga Sekolah Daerah Toronto.

Tembakan itu dilepaskan selepas beberapa hari tragedi di Texas yang mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua guru di sebuah sekolah. – Agensi