Antara PATI warga Indonesia bersama tekong laut dan awak awak yang ditahan Maritim awal pagi tadi ketika cuba menyeludup PATI di perairan negara. -Gambar Ihsan Maritim Selangor, Pelabuhan Klang.

PELABUHAN KLANG – Seorang tekong bersama tiga awak-awak dari Indonesia yang cuba menyeludup keluar 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)dalam satu operasi hari ini.

Difahamkan, tekong laut yang berusia dalam lingkungan 30-an itu menerima bayaran daripada sebanyak 4 juta rupiah Indonesia atau sekitar RM1,200 daripada ejen di Tanjung Balai, Indonesia untuk setiap perjalanan pergi dan balik.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Siva Kumar Vengadasalam berkata, lelaki warga Indonesia tersebut menerusi soal siasat turut mengaku pernah bekerja selama empat tahun sebagai tukang masak di Shah Alam.

Menurut suspek berkenaan, ia merupakan kali pertama dia terlibat dalam aktiviti jenayah penyeludupan PATI atas alasan mencari rezeki menyara dua orang anaknya yang kurang upaya.

“Soal siasat lanjut terhadap tekong laut berkenaan juga mendapati, dia akan menerima lokasi daripada ejen sebelum mengikut koordinat pada peranti sistem kedudukan global (GPS) yang diberikan untuk menyeludup PATI ke Indonesia.

Antara PATI warga Indonesia bersama tekong laut dan awak awak yang ditahan Maritim awal pagi tadi ketika cuba menyeludup PATI di perairan negara. Gambar Ihsan Maritim Selangor, Pelabuhan Klang.

“Selepas tiba di negara jiran, suspek akan dihubungi oleh ejen menggunakan nombor dari Malaysia untuk arahan selanjutnya dan dia mengaku melakukannya demi sesuap nasi walaupun tahu perbuatannya jenayah berat di sisi undang-undang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Selangor di sini hari ini.

Tambah Siva Kumar, radar pengawasan laut (Swasla) telah berjaya mengesan bot yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di perairan Indonesia menuju ke perairan Sungai Buloh sekitar pukul 2.55 pagi tadi.

Ujar beliau, Kapal Maritim Bagan Datuk yang  dalam tugas pemantauan dan rondaan di perairan itu di bawah Op Ehsan dan Op Benteng Laut telah dikerahkan untuk memintas segera bot ‘barter trade’ yang dinaiki suspek tersebut.

“Tiba di lokasi berkenaan, sebuah bot kayu bewarna merah berjalur biru didaftarkan sebagai KM Sanjaya Group dikesan sedang bergerak menuju ke daratan.

“Bot suspek cuba melarikan diri selepas panik melihat pihak maritim bagi megelak daripada ditahan namun pada pukul 5.17 pagi Bot Maritim Perkasa 35 berjaya menahan bot barter trade KM Sanjaya Group di kedudukan 1.6 batu nautika dari barat Jeram.

Antara PATI warga Indonesia bersama tekong laut dan awak awak yang ditahan Maritim awal pagi tadi ketika cuba menyeludup PATI di perairan negara. Gambar Ihsan Maritim Selangor, Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit mempunyai permit sah untuk memawa barangan menggunakan sistem pertukaran barter, tetapi telah disalahgunakan oleh suspek,” ujarnya.

Tegas beliau, setiap PATI itu dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,700 oleh pihak ejen yang menguruskan pergerakan bot-bot berkenaan.

Malah katanya, keseluruhannya 14 PATI berjaya diberkas memerusi operasi itu termasuk tekong dan awak-awak berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun kesemuanya merupakan warganegara Indonesia.- MalaysiaGazette