Foto: FB N9 Info Traffic

SEREMBAN – Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, PKPgB Mohd Hidayat Basly berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 6.45 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan kilang berkeluasan 200×100 kaki persegi dan status sama ada terdapat mangsa terlibat atau tidak masih belum diketahui setakat ini.

“Ketika ini kerja pemadaman kebakaran sedang dijalankan dengan bantuan balai bomba dan penyelamat (BBP) termasuk BBP Ampangan, Senawang dan Seremban 2 selain Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat),” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast