Brad Maloney

SHAH ALAM – Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, hari ini.

Jurulatih B-23 Kebangsaan Brad Maloney berkata, walaupun mungkin tidak akan membuat sebarang perubahan kepada senarai akhir, 50 pemain yang kini berada dalam senarai asal masih berpeluang untuk mendapatkan tempat meeka, sebelum pasukan itu berlepas Ahad ini.

“Saya tidak pernah kata saya tidak akan membuat sebarang perubahan, tetapi pintu sentiasa terbuka untuk pemain yang bagus, jika mereka ada sebelum kami berlepas.

“Kami mempunyai 50 pemain berdaftar, jadi asasnya mana-mana pemain dalam pendaftaran itu masih di bawah pertimbangan dan kami akan membuat keputusan akhir atas pemain yang ada, selepas sesi latihan esok (hari ini),” katanya pada sesi latihan di pusat Latihan Sime Darby, di sini, semalam.

Skuad Harimau Muda berhadapan cabaran besar apabila mereka diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.

Selain Korea Selatan, Malaysia juga berhadapan dengan kuasa rantau ini, Thailand dan naib juara 2018, Vietnam. – Bernama