Mansor merasmikan pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman hari ini menafikan beliau meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air menegaskan, dakwaan beliau parti hanya khabar angin.

“Tak betul dan saya nafikan mengenai perkara berkenaan.

Mansor (kanan).

“Saya akan terus menjalankan tugas yang dipertanggungjawab kepadanya sehingga khidmat ini diperlukan oleh kerajaan,” katanya selepas merasmikan pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Zuraida tinggalkan Bersatu, sertai PBM

Pada Khamis lalu Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu dan mengesahkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Beberapa bulan kebelakangan ini saya mula berfikir tentang politik negara dan hala tuju masa depan politik saya. Saya telah mendapat maklumbalas dari penyokong rapat saya, pengundi di Ampang, rakan sekerja dalam kerajaan, wakil-wakil dari pertubuhan masyarakat sivil serta kumpulan dari sektor perniagaan dan korporat.

“Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, saya telah memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya,” katanya dalam satu kenyataan media. – MalaysiaGazette