KUALA LUMPUR – Remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas hanyut dibawa arus berhampiran Jeti Nelayan Sungai Kembong di Pulau Indah.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Syed Farish Hakimi Syed Nubli, 14, ditemui pada 4 petang tadi.

Terdahulu, rakannya Raihan Nasir, 10 tahun diselamatkan oleh orang awam.

Manakala seorang lagi rakan remaja berkenaan iaitu Nazrel Faiz Abdullah, 15 , selamat selepas berenang ke tebing.

Ketika kejadian, ketiga-tiga remaja berkenaan mandi di tebing selat pada kedalaman 10 kaki.

Sebagai rekod, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba Pelabuhan Klang. – MalaysiaGazette