Shanghai, bandar terbesar di China sudah kembali meriah selepas pelaksanaan sekatan pergerakan selama dua bulan. Foto Reuters

BEIJING – Pelaksanaan sekatan pergerakan bagi menangani penularan wabak Covid-19 di Shanghai sudah dilonggarkan.

Tepat tengah malam waktu tempatan, semua peraturan sudah dilonggarkan bagi membolehkan bandar yang mempunyai 25 juta penduduk bergerak bebas.

Shanghai adalah pusat ekonomi dan hab perdagangan global bagi China

Tetapi, sekurang-kurangnya 650,000 penduduk akan kekal di rumah.

Polisi sifar Covid-19 masih dikekalkan dan individu disahkan dijangkiti koronavirus itu perlu dikurantin atau diberi rawatan di hospital.

Mereka yang menjadi kontak rapat berisiko untuk dikuarantin dan kawasan sekitar tempat tinggal mereka perlu menjalani perintah berkurung semula.

“Ini adalah hari yang kami impikan sejak sekian lama. Semua orang telah banyak berkorban. Hari ini kita meraikannya dan melindungi keadaan ini,” kata jurucakap Kerajaan Shanghai, Yin Xin kepada pemberita.

Mulai hari Rabu, semua pengangkutan awam dan kedai akan dibuka semula pada kapasiti 75% tetapi pawagam, muzium dan gimnasium akan tetap ditutup.

Tetapi kebanyakan kanak-kanak masih belum lagi kembali ke sekolah secara bersemuka.

Pada masa sama, Shanghai turut memperkenalkan peraturan baharu iaitu semua penduduk dikehendaki menunjukkan kod kesihatan hijau pada telefon pintar untuk meninggalkan kawasan rumah atau bangunan bagi mengakses kebanyakan tempat.

Semua penduduk yang ingin bergerak di sekitar bandar dengan pengangkutan awam dan bank akses, pusat membeli-belah dan lain-lain akan dikehendaki memiliki sijil ujian PCR negatif yang sah dalam tempoh 72 jam yang lalu.

Selain itu, sekatan untuk meninggalkan Shanghai kekal, dengan mana-mana penduduk yang melancong ke bandar lain perlu kuarantin selama 7-14 hari semasa ketibaan.

Langkah baharu termasuk mengurangkan beberapa cukai untuk pembeli kereta, mempercepatkan pengeluaran bon kerajaan tempatan dan mempercepatkan kelulusan projek bangunan. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast