Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (JPG) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi bulan Mei 2022.

Lembaga Getah Malaysia berkata, ini kerana harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah RM2.85 sekilogram (Semenanjung), RM2.50 kg (Sabah) dan RM2.60 (Sarawak).

Sedangkan, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang cuplump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Manakala untuk IPG lateks, ianya akan teraktif apabila IPG cuplump teraktif.

Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast