Nik Sharif Haseefy. Foto Facebook TFC.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy mengakui bukan mudah untuk meninggalkan rakan sepasukan di Selangor FC dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu dipinjamkan ke Terengganu selama enam bulan dan bersedia untuk menampilkan aksi terbaik bersama pasukan baharunya itu pada musim ini.

Namun dia tidak menolak bukan mudah untuk membuat keputusan tersebut apatah lagi untuk meninggalkan rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan dalam mengharungi musim bersama Selangor sebelum ini.

“Mula-mula bila dah buat keputusan, kawan-kawan dekat Selangor ada pujuk juga, terutamanya Fazly Mazlan.

“Tapi saya tahu ini keputusan terbaik untuk datang ke Terengganu, cari minit permainan dan saya ke sini pun secara pinjaman.

“Insya-Allah apabila saya dah dapat balik prestasi yang terbaik, tahun depan mungkin peluang lebih tinggi untuk saya memberikan yang lebih cemerlang kepada Selangor”, katanya.

Dalam masa sama, Nik Sharif yang pernah beraksi bersama Pahang sebelum ini tidak menolak masih perlu bekerja keras seandainya ingin menambat hati Nafuzi Zain bagi memastikan dia dapat turun beraksi dengan lebih kerap.

“Saya boleh beraksi sama ada di bahagian sayap dan tengah menyerang, dan saya selesa di posisi itu tetapi ada juga pemain TFC lain yang berkualiti seperti Faisal Abdul Halim, Faiz Nasir, jadi bukan mudah juga untuk saya bersaing, sebab itu saya kena kerja lebih keras kali ini,” tambahnya.

Untuk rekod, Nik Sharif sempat beraksi dalam satu perlawanan bersama Selangor FC dan empat perlawanan bersama Selangor FC 2 pada musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast