Paul Pogba.

LONDON – Bintang tengah, Paul Pogba secara rasminya meninggalkan Manchester United buat kali dua.

United sebelum ini melepaskan Pogba secara percuma ke Juventus ketika dia remaja dan membelinya semula dengan harga rekod dunia pada ketika itu.

Kelab itu mengesahkan Pogba akan meninggalkan Old Trafford apabila kontraknya tamat pada 30 Jun ini yang menamatkan salah satu kerjaya paling mengecewakan buat pemain itu.

Namun bonus kesetiaan adalah £3.8 juta merupakan kerugian terakhir yang perlu ditanggung United.

Selain yuran perpindahan yang besar, United juga membayar £39.27 juta kepada ejen pemain itu Mino Raiola yang meninggal dunia pada April lalu untuk mencapai perjanjian itu pada masa itu.

Pogba pada mulanya dibayar gaji asas £8.61 juta dan kemudian turun kepada £7.75 juta sebaik sahaja beberapa bonusnya terakrif.

United tidak akan menerima pulangan daripada pelaburan mereka apabila Pogba menyertai kelab lain sebagai ejen percuma dalam masa beberapa minggu lagi, setelah mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain dan Real Madrid serta Juventus.

Namun pemain itu dijangka akan memilih Turin sekali lagi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast