Myvi accident drug North South Expressway

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan lain di Kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil ujian air kencing mendapati pemandu lelaki berusia 28 tahun itu positif dadah.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,”katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula Isnin.

Katanya lagi, lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Hari ini, tular di media sosial video rakaman kejadian yang berlaku kira-kira 10.40 pagi semalam menunjukkan kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Turut tular, video sekumpulan penunggang motosikal berada di lokasi dan mendakwa terkejut menemui satu botol minuman yang dipercayai mungkin diisi dengan bahan terlarang. – MalaysiaGazette