Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. Foto AFFAN FAUZI, 27 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – “Saya hanya kritik kenyataan Perdana Menteri yang tidak konsisten,” Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berhubung kenyataan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Justeru itu, Loke berasa hairan terhadap sikap Ismail Sabri yang menyasarkan DAP berhubung kenyataan yang disifatkannya sebagai ‘flip flop’.

“Yang tekan PM untuk bubarkan Parlimen ialah pemimpin UMNO, yang disalahkan pula ialah DAP!

“Ini pun salah DAP?,” soal Loke hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata, segala keputusan untuk membubarkan Parlimen adalah dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Malah katanya, selaku Perdana Menteri, beliau hanya boleh menasihati Agong mengenai pembubaran Parlimen.

Oleh yang demikian, Loke berkata, beliau terpanggil untuk membuat kritikan berkenaan kerana Ismail Sabri membuat kenyataan yang tidak jelas dan konsisten.

“Saya tak pernah kata bahawa Perdana Menteri mesti sebut bila tarikh pembubaran.

“Saya rasa kenyataan Perdana Menteri hari ini sebenarnya dituju kepada pemimpin UMNO yang tekan dia untuk bubar Parlimen. Cuma dia tak boleh sebut orang UMNO tak hormat Agong jadi DAP menjadi mangsa kepada pertelingkahan dalaman UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

PRU15: Saya hormat YDPA, DAP mungkin tidak – PM