Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Dalam kesibukannya meneruskan rutin kerja seni, Rozita Che Wan sempat meneruskan fokusnya dalam dunia perniagaan.

Selepas muncul dengan bisnes tudung, wangian, pencuci wanita dan macam-macam lagi, wanita yang mesra dengan panggilan Che Ta itu hadir pula dengan produk inai segera dipanggil Mazaville apabila berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia sendiri memang peminat inai.

“Dulu kalau tidak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah aksesori. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin.

“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang ‘trang tang-tang’ menyelit sekali pakai inai,” katanya.

Kata kakak kepada Ayu Raudhah ini, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum puasa lalu.

“Tapi sibuk punya fasal dengan jadual shooting, maka baru sekarang boleh launch. Masa shoot untuk tema fotografi produk ini pun kami tetapkan tradisional Melayu. Feeling pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.

Mengakui biar pun ramai mengusahakan perniagaan sama, isteri kepada Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.

“Kami (saya) percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau hampa (kamu) nak support inai kami bersyukur sangat-sangat.

“Harga pun bukan level kayangan. Harga kita-kita, memang ‘rakyat’. Hanya RM15. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya letup. Nak jadi stokis pun dialu-alukan.

“Kami pun level ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali tapi berkali-kali,” katanya.

Dalam perkembangan seni, baru selesai penggambaran sitkom 18 episod berjudul Lot 69.

“Sekarang ini, saya sedang melunaskan penggambaran 13 episod sebuah bual bicara di Go Shop. Saya juga kini diamanahkan menjadi juri tetap untuk dua buah program televisyen tapi belum boleh dimaklumkan lanjut lagi program apa,” katanya. – MalaysiaGazette