The Former Chief Secretary to the Government, Tan Sri Sidek Mohd Hassan arrives at the court for the trial involving Datuk Seri Najib Razak on tampering 1Malaysia Development Berhad (1MDB) final audit report. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2022. commensurate salary 1MBD
The Former Chief Secretary to the Government, Tan Sri Sidek Mohd Hassan arrives at the court for the trial involving Datuk Seri Najib Razak on tampering 1Malaysia Development Berhad (1MDB) final audit report. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 08 JUNE 2022. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Mohd Hassan tiba ke mahkamah bagi perbicaraan kes pindaan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan agak keberatan untuk mengulangi kembali berhubung elaun diterimanya ketika menjawat jawatan Ahli Lembaga Penasihat (BOA) 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Saksi ke-19 perbicaraan penyewelengan dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, apa yang telah didedahkan olehnya melalui keterangan semalam sudah banyak terpampang di dada-dada akhbar serta portal atas talian hari ini.

Semalam Mohd Sidek berpandangan Najib ketika itu merasakan gajinya berjumlah RM29,125 itu agak tidak setimpal dengan segala tanggungjawab dipikulnya kemudian mencadangkan pelantikannya sebagai salah seorang BOA 1MDB dengan elaun sebanyak RM30,000.

“Secara jujur saya katakan di sini, semua ini terjadi kerana Datuk Seri Najib mempunyai hati yang baik sekali. Beliau tawarkan saya jawatan ini kerana merasakan gaji sebagai KSN itu agak rendah. Saya sebenarnya tidak begitu gemar bercakap tentang perkara ini yang dilaporkan dalam media. Memang gaji saya rendah ketika itu.

“Saya telah diberikan jawatan ini dan gaji itu bukan kerana saya adalah KSN sebaliknya kerana kebaikan hatinya, itu sahaja. Saya juga bersetuju dengan cadangan bahawa saya juga telah dipilih oleh Najib kerana saya tergolong dalam kumpulan eminent (ternama),” katanya ketika soal balas dengan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee hari ini.

Dalam pada itu, ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkaitan keterangannya semalam bahawa 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan sebagai dana politik untuk Barisan Nasional (BN), Mohd Sidek memberikan penjelasannya.

Ketika pemeriksaan semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, kata Mohd Sidek, pernah ada perbincangan Kabinet di mana menteri digalakkan mencadangkan bagaimana dana 1MDB boleh digunakan untuk membiayai projek di kawasan mereka.

“Ingat ya, semua menteri dalam kerajaan ketika itu adalah dalam kalangan BN. Saya adalah contoh seorang penjawat awam manakala yang lain-lain itu datangnya dari kalangan parti politik. Polisi kerajaan adalah polisi parti memerintah, sama ada BN atau apa saja namanya polisi kerajaan, oleh itu datangnya daripada parti atau parti gabungan dalam kerajaan.

“Bagaimana untuk bezakan ianya? Kita sendiri sukar untuk bezakan keduanya,” soalnya kembali.

Prosiding akan bersambung esok dengan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan memberi keterangannya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast