Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin in a group photo with the officers of Malaysian Prison Department at the Headquarters of Malaysian Prison Department in Kajang, Selangor. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 09 JUNE 2022. Zuraida Kamaruddin Cabinet minister
Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin in a group photo with the officers of Malaysian Prison Department at the Headquarters of Malaysian Prison Department in Kajang, Selangor. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 09 JUNE 2022. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bergambar bersama pegawai-pegawai Jabatan Penjara Malaysia selepas selesai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia (Zon Tengah) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 09 JUN 2022.

KAJANG – Analisis seorang bekas pensyarah terdapat 10 ahli Parlimen akan menarik sokongan sekiranya Datuk Zuraida Kamaruddin tidak kekal dalam Kabinet disangkal.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kenyataan penganalisis politik itu hanyalah satu andaian dan beliau menjangka perkara itu tidak akan berlaku.

“Itu dia menganalisis dia punya hal. Itu terpulang kepada orang yang menganalisa. Mereka hanya buat andaian,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Jabatan Penjara Malaysia, di ibu pejabat Penjara Malaysia hari ini.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri itu diminta mengulas mengenai satu laporan media di mana memetik kenyataan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain yang tidak menolak kemungkinan 10 bekas ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekali gus menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tumbang jika Zuraida digugurkan daripada Kabinet.

Atory berkata adalah sesuatu yang tidak mudah untuk Ismail Sabri mengugurkan Zuraida walaupun dia telah keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Jelas beliau, Zuraida ternyata mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR.

Ini kerana pada Februari 2020, Zuraida dan 10 lagi ahli Parlimen penrah membuat langkah sama dengan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.

Mereka kemudiannya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang keluar ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast