Penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang besar di kawasan Jalan Papan, Pandamaran, Klang. - Gambar Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang besar menggemparkan penduduk Jalan Papan, Pandamaran, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku pukul 8 pagi itu disedari orang awam yang ternampak mayat berkenaan dalam keadaan tertiarap di dalam longkang.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis pada pukul 8.16 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati mayat lelaki itu hanya berseluar dan pihaknya terpaksa menggunakan alat pengusung dan tangga bagi mengangkat mangsa.

Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai berusia 44 tahun dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette