LAGOS – Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu.

Sementara itu, 61 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, dan 26 orang telah dibenarkan keluar dari hospital, lapor Xinhua.

Taman peringatan akan dibina bagi mengebumikan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.

Kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat, katanya.

Pada Isnin, Akeredolu mengisytiharkan tempoh perkabungan tujuh hari dan mengarahkan agar bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam sebagai mengenang mangsa terkorban.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad di Abuja, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengutuk pembunuhan kejam itu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast