khairuddin aman razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. Foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Kontrak Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dipercayai sedang dipertimbangkan untuk ditamatkan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

PAAB adalah anak syarikat milik MoF Inc.

Mohd Khairuddin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PAAB pada 15 Disember 2021 untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Hasan Arifin.

Pelantikan Mohd Khairuddin dalam PAAB dipercayai atas lantikan politik ketika beliau bersama Pas.

Bagaimanapun, beliau mengumumkan untuk keluar dari Pas pada 14 Mac 2022.

Difahamkan MoF telah menghantar surat kepada Mohd Khairuddin meminta beliau melepaskan jawatan namun sehingga berita ini ditulis, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu belum berbuat demikian.

Pada masa sama, MoF dipercayai sudah mempunyai calon untuk menggantikan Mohd Khairuddin. – MalaysiaGazette