Penghantar makanan e-hailing memasukkan makanan sebelum dihantar ke pelanggan sempena bulan ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Putra, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power) kini membuka peluang perniagaan tanpa modal menerusi program Jom Jadi Bos bagi membantu individu terutamanya penghantar makanan mengembangkan kerjaya mereka.

Pengarah Urusannya, Kamal Mohd. Nor berkata, program itu bukan sahaja mendidik individu bergelar usahawan rangkaian produk minuman dan makanan harian sebaliknya barang keperluan asas harian lain.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan golongan penghantar makanan berikutan hubungan baik dengan pengusaha restoran dan kedai makan yang mengubah nasib mereka menjadikan kerjaya usahawan untuk jangka panjang.

“Bisnes tanpa modal ini terbuka kepada mereka terutama penghantar makanan menjadi bos dan menguruskan bisnes sendiri.

“Buat permulaan ini, Superbest Power sedia memperuntukkan modal sebanyak RM5,000 bagi membekal produk kami dan juga barangan asas lain kepada individu yang berminat menjadi usahawan tanpa mengeluarkan modal.

“Golongan penghantar makanan digalakkan menyertai program kerana memiliki rangkaian dan hubungan baik menerusi pengusaha restoran dan kedai makan,” katanya dalam satu kenyataan.

Temubual bersama Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd (Superbest Power), Kamal Mohd Nor menunjukkan produk-produk jualannya di Damansara Damai, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2021.

Superbest Power yang berada di pasaran sejak 2007 ketika ini memiliki 11 rangkaian produk dengan mencatat jualan keseluruhan melebih RM1.5 juta sebulan.

Pada 2018, Superbest Power pernah menerima anugerah The Brandlaureate World Halal 2018.

Pada 2020, syarikat milik Bumiputera itu memperkenalkan produk minuman terbaharunya, kopi segera pracampur herba, Harimau Cubeba yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat dalam membantu meningkatkan imuniasi sistem badan ketika berdepan pandemik Covid-19.

Ketika ini, orang ramai boleh mendapatkan rangkaian produknya di kedai runcit, pasar raya dan restoran mahupun pembelian di atas talian seperti Shopee dan Lazada.

Mengulas lanjut, Kamal menambah, buat permulaan, individu yang menyertai program berkenaan akan memulakan perniagaan dengan membawa rangkaian produk Superbest Power di lokasi yang ditetapkan atau memiliki lokasi pilihan sendiri.

Mereka kata beliau, akan diberi produk secara percuma namun mendapat keuntungan tinggi bagi setiap produk yang terjual selain jumlah produk akan ditingkatkan jika jualan bertambah.

“Kami menyasarkan mereka dapat membuat jualan RM50,000 hingga RM150,000 dalam tempoh enam bulan akan datang dalam merealisasikan objektif melahirkan usahawan berjaya.

“Pada masa sama, orang ramai diharap tidak salah tanggapan program adalah se[erti dropship dan ;perlu jual produk Superbest Power namun kita akan menggalakan mereka menjual produk asas harian sos cili, kicap, bihun, gula dan sebagainya.

“Inisiatif itu merupakan usaha yang baik bagi membantu golongan penghantar dan individu yang memerlukan pendapatan tetap atau tambahan selain menyuntik semangat mereka untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya baharu.

“Saya harap usaha bisnes tanpa modal ini dapat membuka peluang lebih ramai terutama mereka yang kehilangan pekerjaan dan mampu mengubah nasib mereka ketika ini,” katanya sambil memberitahu orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian +60173929092. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast