Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi seorang daripada 12 menteri dipilih dari pelbagai negara bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Program di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 12 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memberitahu, Khairy telah menerima undangan daripada Universiti Harvard bagi menghadiri program  dianjurkan secara bersama oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health, Harvard Graduate School of Education dan Harvard Kennedy School.

Jelas kenyataan itu, program bertaraf global itu dianjurkan secara jemputan khas dengan kesemua 12 menteri dipilih terlibat di dalam portfolio kesihatan, pendidikan serta pembangunan insan.

“Program ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan serta fokus kepada perkongsian interaktif dan paraktikal peserta menerusi perbincangan kajian kes dan pengalaman masing-masing dalam pembangunan insan dan juga kemajuan ekonomi.

“Jemputan khas kepada menteri kesihatan untuk menyertai program yang dianjurkan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan buat negara, khususnya KKM,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, program tersebut juga merupakan antara platform terbaik untuk mempelajari dan menganalisis pengalaman negara-negara lain yang boleh dijadikan rujukan di samping peluang untuk Malaysia berkongsi kejayaan serta pengalaman dalam menguruskan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ni pun nak keluar news? Hisham Jalil tu graduate Harvard lg tp UMNo tendang keluar…haaa…berita bosan..wartawan pemalas

Comments are closed.