Friday, December 13, 2024
Home Politik Pas hipokrit, Kelantan pernah anjur Bon Odori – Syed Saddiq

Pas hipokrit, Kelantan pernah anjur Bon Odori – Syed Saddiq

MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Johor state election
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mempersoalkan pendirian sebenar Pas berhubung penganjuran festival Bon Odori di Kelantan pada 2018 dan 2019.

Dalam ciapan terbaharu di Twitternya, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, sikap kerajaan Pas di Kelantan yang membenarkan penganjuran festival tersebut di negeri itu sebagai hipokrit.

Tegasnya lagi, tindakan Pas yang membantah penganjuran Bon Odori dilihat mampu mengeruhkan hubungan yang terjalin selama ini dengan Jepun.

Awal hari ini, Pesuruhjaya Pas Selangor,  Datuk Ahmad Hairy Yunus bertegas agar kerajaan Selangor perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang membenarkan pekerja mereka terlibat dalam festival tersebut.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendapati Festival Bon Odori terdapat unsur-unsur keagamaan, dan menasihati umat Islam agar tidak terlibat.

Pandangan tersebut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bahawa baginda tidak mahu festival tersebut dipolitikkan pihak tertentu dan tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggunakan JAKIM untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

Pada Ahad lalu, Idris dilaporkan telah menasihati umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori di Stadium Shah Alam, kerana dikhuatiri program seperti itu dapat menjejaskan akidah dan keimanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Orang islam pergi ke pesta itu bukan lah tujuan nak pergi sembah berhala . Mereka cuma pergi melihat makan2 minum2 beli belah adakah itu dalah dalam islam .
    Tak payah lah nak tunjuk alim sangat kalau syurga neraka itu allah yang tentukan

Comments are closed.