Gambar Bomba Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat terbakar dalam kejadian awal pagi tad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.

Seramai 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak, dan BBP Setapak bersama jentera digegaskan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Mohd Fahmi Abdul Rahim, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 1.41 pagi mendapati keadaan api sangat marak dengan kemusnahan lebaran sebanyak 50 peratus.

Katanya, kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran.

“Kebakaran marak dengan besar disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu.

“Dengan kepantasan anggota bomba membuat pemadaman mengunakan kaedah pemadaman secara offensive firefigthing dengan memasuki premis dan defensive firefighting pemadaman dari luar bangunan telah mengelakkan kemusnahan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dan tiada mangsa yang terlibat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast