Kajang District Police Chief ACP Mohd Zaid Hassan. Kajang prison inmate Covid-19 positive flee hospital
ACP Mohd Zaid Hassan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera diserang seekor anjing ketika beliau cuba melindungi anak-anaknya daripada dicederakan haiwan itu di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, dekat sini, semalam

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan mendapati anjing tersebut adalah milik seorang perempuan iaitu jiran di kawasan yang sama dan tidak mempunyai lesen yang sah untuk memeliharanya.

“Semasa kejadian pengadu cuba mempertahan anak-anak daripada diserang oleh seekor anjing menyebabkan anjing tersebut telah menyerang pengadu..

“Kejadian dikatakan berpunca daripada pemilik anjing tersebut telah cuai terlepas tali pengikat anjing menyebabkan anjing bertindak luar kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, mangsa yang hamil itu disahkan mengalami kecederaan akibat ‘serangan anjing yang mengakibatkannya mengalami luka lelasan kecil di atas lengan kanan’.

Tambah beliau, wanita tersebut telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan rawatan susulan di Animal Bite Clinic, Hospital Serdang memandangkan beliau sedang hamil.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dengan denda tidak melebihi RM 2,000 atau dengan kedua duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhammad Fadeli Safii di talian 012-5373134. – MalaysiaGazette