Ramli Mohamed menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima pada Perhimpuan Bulanan Ketua Polis Pahang Jun 2022 di IPK Pahang hari ini.

KUANTAN – Seramai 11 individu berusia 21 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan Op Noda yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang dalam dua serbuan berasingan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan melibatkan dua lelaki  warga tempatan manakala sembilan wanita lagi merupakan warga asing ditahan dalam operasi 12 Jun lalu.

“Serbuan dan pemeriksaan dilakukan oleh anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) ke atas lima pusat hiburan di sekitar Kuantan di mana dua pusat hiburan tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang.

“Lelaki warga tempatan yang ditahan merupakan penjaga premis pusat hiburan dan lapan wanita warganegara Thailand serta seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) turut ditahan,” katanya pada sidang media sejurus selepas Perhimpunan Bulanan ketua Polis Pahang Jun 2022 hari ini.

Tambah Ramli, seramai 153 orang telah diperiksa dalam serbuan itu dan 11 yang ditangkap disiasat di bawah Akta Imigeresen dan Enakmen Hiburan Negeri Pahang berikutan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan beroperasi melebih had waktu.

Mereka disiasat di bawah Sesyen 55 Akta Imigresen 1959/63, kerana menggaji pendatang tanpa izin yang membawa hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.

Manakala Sesyen 39B Peraturan Imigresen 1959/63 juga dikenakan bagi kesalahan melanggar syarat-syarat pas lawatan sosial yang membawa hukuman denda tidak lebih RM 1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis tahan enam individu dalam Op Noda

Enam wanita disyaki pelacur ditahan dalam Op Noda

Bagi Sesyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi tiga tahun dan tidak kurang tiga sebatan.

Sementara itu, Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan Negeri Pahang 1993 diperuntukkan kerana tidak memilik lesen hiburan yang sah yang membawa hukuman denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Melalui Kaedah 30 Enakmen Hiburan Negeri Pahang 1993  menjalankan perniagaan melebihi masa yang ditetapkan  membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Ramli berkata, polis akan meneruskan operasi sedemikian bagi menentukan semua premis pusat hiburan mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dan tidak ada warganegara asing bekerja tanpa permit di premis berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast