Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob selepas menaiki MRT pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin pada minggu depan.

Katanya, perjumpaan itu bagi membincangkan kedudukan Zuraida dalam Kabinet selepas pemimpin tersebut  keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya telah memaklumkan tarikh pertemuan ini kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan MRT Laluan Putrajaya di Stesen MRT Sri Damansara, dekat sini, hari ini.

Katanya, sehingga kini Zuraida masih lagi menteri dan menghadiri mesyuarat Kabinet seperti biasa semalam.

Menurut beliau, jawatan Zuraida yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak gugur.

Ditanya mengenai hantaran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman media sosial mengenai bekas Perdana Menteri itu menaiki tren MRT semalam, Ismail Sabri enggan mengulasnya.

“No komen, no komen… boleh tanya pengurusan MRT,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast