Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – PKR hari ini menafikan terdapat perbincangan antara beberapa pimpinan parti itu dengan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak berlaku kerana akar umbi sudah menolak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

“Hal ini tidak ada dibincangkan di peringkat pimpinan PKR.

“Saya tiada maklumat sama ada pertemuan tersebut berlaku mahupun tidak, siapa yang hadir ataupun tidak,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Fahmi berkata demikian mengulas mengenai laporan media yang melaporkan bahawa Azmin dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR.

Dalam laporan itu, pertemuan tersebut didedahkaan beberapa orang pemimpin kanan PKR namun enggan dinamakan.

Memetik Malaysiakini, pertemuan itu berlangsung pada Rabu lalu di Hotel Sheraton di Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast