Mangsa Rajakamaran A/L Padiyan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam insiden yang berlaku di Semambu, Kuantan .

KUANTAN – Seorang warga emas maut akibat gagal memperlahankan motosikal yang ditunggangnya lalu melanggar sebuah treler berhampiran Pasaraya Jaya Gading Semambu di Jalan Industri Semambu, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Rajakamaran A/L Padiyan, 62, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu

“Penunggang motosikal yang beralamat terakhir di Taman Gambang Damai meninggal dunia, manakala pemandu trailer dan pembonceng tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler tanpa muatan yang datang dari arah Jalan Industri Semambu 6 hendak menghala ke Jalan Industri Semambu 5.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu hendak membelok ke kiri ke Jalan Industri Semambu 5, namun, tiba-tiba mangsa dari arah yang sama yang ditunggang bersama pembonceng telah melanggar bahagian tayar hadapan sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang yang gagal mengawal kenderaan ketika menunggang kenderaan.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast