Ahli keluarga dan rakan-rakan mengamimkan doa selepas selesai pengebumian Allahyarhamah Adibah Noor Mohd Noor atau dikenali Adibah Noor yang meninggal dunia akibat kanser ovari di rumah keluarga di Tanah Pekeburan Islam Taman Keramat, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Suasana pilu mengiringi jenazah penyanyi dan pelakon terkenal, Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Ahli keluarga dan kenalan rapat yang hadir pengebumian jenazah Allahyarhamah Adibah Noor Mohd Noor atau dikenali Adibah Noor yang meninggal dunia akibat kanser ovari di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai. Foto, MOHD ADZLAN 19 JUN 2022.

Sebelum itu jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat.

Selain ahli keluarga, antara selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Datuk M. Nasir, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Remy Ishak, Erul Samah, Sharifah Amani, Linda Onn, Suki Low dan ramai lagi.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleaneagles petang semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Allahyarham berusia 52 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast