Foto: Irna

ISFAHAN – Sebuah pej pejuang, F-14 milik Iran terhempas di wilayah Isfahan, selatan Iran pada jam 10.30 pagi semalam.

Juruterbang pesawat tersebut selamat, lapor agensi berita Irna.

Jet pejuang yang sedang melakukan misi menghadapi masalah teknikal kegagalan enjin menyebabkan ia terhempas, kata seorang jurucakap tentera Iran di wilayah Isfahan kepada Irna.

Juruterbang dan pembantu juruterbang yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital, kata Kolonel Rasoul Mo’tamedi.

Tiada sesiapa maut dalam kemalangan itu, tambah beliau. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast