Orang ramai memakai pelitup muka ketika berjalan di Ruins of St Paul's, di Macau. Foto Reuters

HONG KONG – Macau melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran pada hari kedua hari ini Isnin selepas berpuluh-puluh kes penularan tempatan disahkan pada hujung minggu.

Walaupun kebanyakan perniagaan ditutup tetapi kasino masih dibuka.

Ujian ke atas kira-kira 600,000 penduduk Macau dijangka berakhir pada hari Selasa kerana bekas jajahan Portugis yang dikuasai China ini mematuhi dasar “sifar Covid China” yang bertujuan untuk membasmi wabak.

Kebanyakan penduduk diminta tinggal di rumah, restoran tidak dibenarkan untuk menjamu selera dan sekatan sempadan telah diperketatkan, bermakna pendapatan kasino mungkin hampir sifar untuk sekurang-kurangnya seminggu dan kemungkinan minggu akan datang, kata penganalisis.

Kerajaan Macau bergantung pada kasino untuk lebih 80% daripada pendapatannya, dengan kebanyakan penduduk bekerja secara langsung atau tidak langsung dalam industri ini.

Wabak terbaharu itu muncul secara tiba-tiba dan telah merebak dengan pantas daripada sumber yang tidak diketahui, kata ketua eksekutif Macau Ho Iat Seng dalam satu kenyataan di laman web kerajaan.

Macau dilanda wabak koronavirus pada Oktober tahun lalu.

Pada tahun ini, Hong Kong menyaksikan lebih daripada 1 juta jangkitan yang disahkan dan lebih daripada 9,000 kematian dilaporkan.

Walaupun Hong Kong telah menyaksikan peningkatan kepada lebih 1,000 kes harian pada minggu lalu, wilayah ini tidak mungkin mengetatkan lagi sekatan kerana tekanan terhadap perkhidmatan perubatan tidak meningkat.

Macau hanya mempunyai satu hospital awam. – Reuters