Dusha bersama kedua ibu bapa masing menaiki pentas menerima Anugerah Pelajaran Diraja daripan Canselor, Tuanku Zara Salim di Dewan Tuanku Canselor. baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-23 yang berlangsung sejak semalam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah , Proton City menyaksikan ibu bapa graduan yang menerima anugerah kecemerlangan dijemput ke pentas bersama graduan berkenaan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, langkah itu dilakukan atas keinsafan, penghargaan khas dan istimewa terhadap pengorbanan kedua ibu bapa yang berkorban terhadap graduan sehingga berjaya menggengam segulung ijazah apalagi mencapai tahap kecemerlangan.

”Graduan yang cemerlang bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian, namun mereka juga dinilai dengan tapisan yang ketat untuk menerima anugerah kecemerlangan,’ katanya.

Beliau berkata, ibu bapa adalah insan mulia yang mula-mula sekali mendidik mahasiswa sedari kecil dan sanggup mengharungi pelbagai kepahitan demi memberi pendidikan daripada peringkat tadika, sekolah sehingga ke universiti.

Muhammad Faiz menyampaikan kad ucapan Hari Bapa kepada bapanya di luar dewan sambil disaksikan ibunya.

Tegasnya, jasa dan pengorbanan mereka tidak akan mampu diukur dengan apa sahaja pembalasan oleh mahasiswa.

Penerima angerah kecemerlangan pada sesi pertama menerima daripada Raja Permaisuri Perak iaitu Canselor, Tuanku Zara Salim yang membuatkan ada hadirin yang menitiskan air mata terharu.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Dusha Nanthakumar, 25, dijemput bersama bapa, Nanthakumar A/L Batubanaban, 53 dan ibu, P Punithavathi A/P Purushothanam, 51, manakala penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Siti Khadijah
Asha’ari, 24, juga naik ke pentas bersama bapanya, Asha’ari Yusoff, 74, dan ibu, Pauziah Mahmood, 69.

Walaupun Asha’ari mengalami `slip disc’, namun dia menggagahi dirinya naik ke pentas untuk meraikan kejayaan anaknya yang merangkul anugerah itu.

Penerima Anugerah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Muhammad Faiz Farhan , 24, juga terharu dengan peluang diberikan UPSI untuk ibu dan bapanya naik ke pentas bersama-sama. – MalaysiaGazette