Najib Razak Tim Leissner 1MDB Goldman Sachs corruption bribe job offer
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sinikal terhadap kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pertemuan dengan  beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu.

Kata Najib, sekiranya Azmin tidak ingat, beliau sedia untuk membantu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dengan rela hati.

“Tak ingat? Najib sedia membantu.

“Minggu lalu: Jumpa PKR di Hotel Sheraton. Petaling Jaya.

“Mei 2019: Jumpa Haziq di Hotel 4 Points, Sandakan,” tulis  Najib di Facebook beliau, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dipercayai merujuk kepada laporan media mengenai kenyataan Azmin yang dia tidak dapat mengingat hotel mana dikunjunginya dan siapa yang ditemui pada minggu lalu.

Kenyataan Azmin itu berhubung spekulasi pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin PKR baru-baru ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak beralasan jadual hariannya yang sibuk menyebabkan dia tidak dapat mengingat hotel mana yang didakwa laporan media tersebut.

Laporan media yang memetik sumber sebagai berkata, menyebut pertemuan itu berlangsung di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.

Haziq Aziz pula merujuk kepada individu yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan individu mirip wajah Azmin di Hotel Four Points pada 11 Mei 2019.

Lelaki kelahiran Sarawak itu turut membuat pengakuan bersumpah bahawa individu dalam video seks bersama individu mirip Azmin itu adalah dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bossku boleh ingat kalau hal orang lain . Tapi kalau hal sendiri dia tak ingat. Tak tahu .

Comments are closed.