Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Subsidi minyak masak tulen berbotol bagi 2 kilogram (kg), 3kg dan 5kg dimansuhkan berkuatkuasa 1 Julai ini.

Bagaimanapun menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi bagi minyak masak berpaket 1kg masih diteruskan.

Jelas beliau, penarikan semula subsidi berkenaan dibuat bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatian memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan.

“Dalam perkiraan kita sebulan (kerajaan peruntukan) RM20 juta untuk program ini sementara sahaja untuk tiga bulan pada mulanya Ogos hingga Oktober memandangkan selepas itu masih diperlukan kita lanjutkan sehingga hari ini.

“Program ini memang sementara, sekarang kerajaan rasa tiba masa ini dimansukan supaya kerajaan boleh fokus bagaimana membantu golongan memerlukan dengan bantuan bersasar perinciannya biarlah dibuat oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Sesi Libat Urus Mengenai Isu Harga dan Bekalan bersama-sama pemain industri, persatuan pengguna, ahli akademik, ahli akademik dan banyak lagi di sini hari ini

Sebagai rekod, KPDNHEP menetapkan harga maksimum bagi minyak masak di dalam botol bersaiz 1kg (RM6.70), 2kg (RM12.70) dan 3kg (RM18.70). – MalaysiaGazette