KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sedang menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Rose Nani Mudin yang mengesahkan kejadian berkenaan berlaku Ahad yang lalu berkata, pihaknya memandang serius tentang kejadian berkenaan.
“Siasatan terperinci dan telus sedang dijakankan oleh pihak jabatan ini,” katanya menerusi kenyataan.
Menurut beliau, kini ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital berkenaan.
Sementara itu, Rose Nani berkata, pihaknya menerima semua maklum balas bagi tujuan manambah baik mutu perkhidmatan secara terbuka.
Tular di Facebook hari ini mengatakan, bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia didakwa berpunca daripada kelalaian kecuaian pihak hospital tersebut.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bayi yang meninggal itu. – MalaysiaGazette