Gambar hiasan. Foto EPA

LONDON – Kebarangkalian ekonomi dunia ‘tunduk’ kepada kemelesetan menghampiri 50% apabila bank pusat mengetatkan dasar monetari dan permintaan terhadap barangan semakin lemah, menurut pakar ekonomi di Citigroup Inc.

Kejutan bekalan terus menaikkan inflasi dan memacu pertumbuhan yang rendah, manakala bank-bank pusat kini menaikkan kadar faedah dengan bersungguh-sungguh dan permintaan pengguna terhadap barangan semakin lemah, kata pakar ekonomi yang diketuai oleh Nathan Sheets dalam nota penyelidikannya.

“Pengalaman lampau menunjukkan disinflasi (situasi di mana tingkat harga meningkat pada tingkat pertumbuhan yang lebih perlahan) sering membawa kos yang bermakna untuk pertumbuhan dan kami melihat kebarangkalian agregat kemelesetan yang kini menghampiri 50%.

”Bank Pusat mungkin masih lagi ‘berlembut’ dalam ramalan mereka, tetapi ini memerlukan kejutan bekalan untuk susut dan permintaan kekal berdaya tahan,” kata kumpulan pakar ekonomi itu.

Citigroup kini melihat ekonomi dunia berkembang 3% tahun ini dan 2.8% pada 2023.

Menurut mereka, jika kemelesetan berlaku ia berkemungkinan menjadi “kepelbagaian yang biasa” yang mana pengangguran meningkat beberapa mata peratusan dan output lemah beberapa suku/

“Kami melihat ini sebagai jangkaan yang munasabah, tetapi kesan yang tidak dijangka seperti yang telah kami tekankan iaitu bagaimana dinamik inflasi yang degil akhirnya terbukti,” kata mereka. – Bloomberg