Kereta yang dipandu wanita mengandung terbabas ke tebing jalan berketinggian dua meter dalam kejadian awal pagi tadi di Taman Putra Perdana. -Gambar ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengandung lima bulan yang dipercayai gagal mengawal kenderaannya terbabas ke tebing jalan di kawasan Taman Putra Perdana dekat sini hari ini.

Bagaimanapun mangsa yang berusia 29 tahun itu terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, bilik gerakan pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pukul 8.43 pagi tadi.

“Bertindak atas panggilan itu, sepasukan anggota bomba terdiri daripada 8 orang dengan sebuah jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi kemalangan sebelum sampai di tempat kejadian pukul 9 pagi.

Mangsa kini dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut selepas kenderaannya terbabas dalam kejadian pagi tadi.- GambarIhsan Bomba Selangor.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati memang berlaku kemalangan yang mana membabitkan sebuah kereta Honda City berwarna hitam yang dipandu seorang wanita tempatan terbabas ke tebing jalan berketinggian dua meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, wanita itu selamat dikeluarkan daripada kereta terbabas itu oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai di lokasi kemalangan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berada dalam keadaan terkejut susulan insiden itu dan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya menggunakan jentera bomba EMRS,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast