Zuraida Kamaruddin. Foto HAZROL ZAINAL, 26 SEPTEMBER 2021.

SEPANG – Datuk Zuraida Kamaruddin yang masih menjawat jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menjelaskan beliau masih belum mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, beliau masih belum mendapat tarikh pertemuan dengan Ismail Sabri.

“Belum jumpa. Tengah tunggu tarikh,” katanya kepada media di pintu masuk bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Zuraida berkata, beliau dalam perjalanan untuk ke Kota Kinabalu bagi menghadiri majlis kementerian itu petang ini.

Ahli Parlimen itu hanya menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Ismail Sabri di Perdana Putra.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Zuraida sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini. – MalaysiaGazette