KUALA LUMPUR – Liga akar umbi terbesar yang sedang rancak dijalankan sekarang dilihat memberi sinar dan harapan kepada masa depan bola sepak negara.

Liga berkenaan semakin digemari oleh pengamal industri sukan bola sepak dan masyarakat seawal umur bawah lapan tahun sehingga kategori 16 tahun.

Malah sehingga kini lebih 400 pasukan telah menyertai Liga SupaRimau yang dijalankan di bawah pemantauan Bahagian Akar Umbi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, ketika liga semakin rancak beberapa isu mula timbul dan menjadi dipersoalkan dalam kalangan pasukan yang terlibat.

Isu yang timbul termasuklah kerana jadual perlawanan yang dijalankan pada waktu tengahari mungkin boleh mendatangkan kemudaratan pada pemain terlibat apabila keadaan padang rumput tiruan terlalu panas dan memungkinkan pemain boleh terkena strok haba.

Lokasi padang yang dipilih juga dikatakan tidak sesuai dan tidak selamat digunakan untuk beberapa kategori umur khususnya bawah 14 dan 16 tahun khususnya di Lembah Kelang.

Malah ada kes beberapa pemain bawah umur 14 dan 16 tahun telah mendapat kecederaan ketika perlawanan dijalankan.

Pengurus KLRA, Aznor Dzulkarnain Aziz berkata, ia satu liga berjadual yang baik dan mantap namun harus menitikberatkan keselamatan pemain kerana mereka masih muda dan dalam proses belajar.

Aznor Dzulkarnain Aziz

“Perkara seperti lokasi padang yang digunakan tidak selamat, bermain pada waktu puncak tengahari amat tidak sesuai kerana terlalu panas perlu dikaji semula secepat mungkin sebelum perkara yang lebih buruk berlaku kepada pemain pemain yang terlibat,” katanya baru-baru ini.

Menurut Dzulkarnain, pihak pengurusan acara juga perlu menitik beratkan persediaan padang lebih selamat seperti tiada barang atau struktur lain berdekatan dengan kawasan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Black Eagle, Md. Ikhwan Othman berkata, amat berharap agar pihak penganjur boleh mangadakan satu ambulan disetiap lokasi kejohanan supaya semua pemain yg terlibat di jaga dan dapat membantu sekiranya sesuatu perkara kecemasan berlaku.

Md. Ikhwan Othman

Menurutnya, sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

“Idea dan inisiatif yang baik harus diurus dan dijalankan juga dengan baik,” katanya.

Menurut beliau, ia perlu sensitif pada isu kesihatan dan keselamatan supaya keluarga bola sepak negara sentiasa meningkat maju.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast